Keluhan Pengantin Perempuan Yang Terkilan

Bila fikir balik masa persiapan untuk majlis perkahwinan, rasa macam nak cekik orang yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari! Janji sebelum kontrak dan selepas kontrak punyalah berbeza. Nauzubillah!

Pengantin perempuan sedih

Selepas menerima lamaran boyfren tersayang dan ibu-bapa sudah pun berkenalan, kita membuat persiapan dari sudut tarikh pertunangan, andaman, fotographi, katering dan sebagainya.

Oleh kerana ghairah persiapan, kita berbelanja besar dan juga tidak periksa dengan lebih teliti keputusan yang kita ambil.

Apa nak buat. Perkara dah berlaku. Tetapi harap-harap keluhanku ini boleh dijadikan panduan dan tauladan bagi mereka yang akan bersanding nanti.

Majlis Pertunangan Besar-Besaran Ni Penting Sangat Ke?

Bagi yang mampu, majlis pertunangan ni tak salah pun. Ada yang buat majlis besar-besaran (macam nak bersanding punya level pun ada!).

Advertisements

Daripada berbelanja wang $3,000 untuk katering buat 100 orang, lagi best kalau hanya cincin dan 2 lagi dulang manisan dipersembahkan oleh keluarga terdekat dan diiringi makan malam yang sederhana di rumah. Buat gini, mungkin berbelanja alah kadar $300 ke bawah.

Beli Atau Sewa Baju Pengantin?

Pakaian tunang dan pengantin ku bersama pakej Mak Andam sekitar $5,500. Selepas majlis, pakaian tunang dan sanding duduk senyap dalam almari, nak masuk alam lusuh walaupun disimpan dalam sampulnya.

Nasib baik pakcik creative dari sebelah keluarga sanggup beli pakaian tersebut untuk di
‘refurbish’ kata dia. Dapat balik $1000 wang hasil jual pakaian tersebut.

Seorang kawan pula pandai pergi ke seberang Johor untuk menyewa pakaian yang lebih gah dan harganya lebih murah lagi dari harga tempatan.

Advertisements

Servis Gambaran dan Videografi Popular Tak Semestinya Bagus

Kami pilih servis jurugambar dan video yang dikatakan hebat sehingga digunakan oleh selebriti tempatan. Dengan bayaran pakej hampir $5,800, kami dapat 2 outdoor shoot, 3 album, pakaian dan make-up serta gambaran pada hari persandingan.

Tiba masanya, jurugambar outdoor shoot bawak kita ke 1 lokasi saja iaitu Fort Canning Hill dan tamat dalam masa 45minit. Alamak! macam gini album tu mesti penuh dengan gambar hijau-hijauan dan hutan coklat belantara. Takda warna contrast langsung nanti.

Terpaksa aku sarankan satu lagi tempat iaitu satu bangunan bersejarah yang dapat memberi sedikit keceriaan.

Pada hari persandingan pulak, jurugambar hanya mengambil gambar pengantin di pelamin secara bergilir gilir bersama tetamu yang hadir. Gambar ibu dan ayah menyambut tetamu, berkat, lauk pauk dan sekitaran lain terus tak ada. Jadi jangan lupa ingatkan jurugambar untuk lebih aktif ambil gambar kasual dan sekitaran kerana memori ni hanya sekali!

Advertisements

Mak Andam Tak Tepati Janji

Sebelum kontrak ditandatangan, harus baca dengan teliti dan minta nama mak andam yang anda inginkan ditulis di kontrak tersebut. Aku memang dah set nak Principal Mak Andam ni solekkan aku dan dia setuju. Selepas sign kontrak, dia nafikan yang dia buat solekkan. Anak buah dia yang akan solekkan aku. Hai, kan sudah dibincangkan kenape tukar pulak ni?

Pakaian lelaki dan perempuan pun sudah dibincangkan tetapi tiba masa fitting, dia tunjukkan pakaian lelaki yang lain, kotor pulak tu. Nasik baik aku naik angin baru dia kasi balik pakaian yang dijanjikan.

Paling best, pada hari persandingan, anak buah mak andam mengambil masa dari 7.30pagi hingga 2petang untuk buat solekan. Kerap kali kesat make-up di bahagian mata sehingga naik merah kerana salah ‘shading’ tak memuaskan.

Advertisements

DJ, Emcee Syok Sendiri, Majlis Siapa Ni?

Kita tak sangka Emcee dan DJ yang dipilih oleh ahli keluarga sudah meningkat usia dan memang gemarkan karaoke. DJ hanya putarkan kebanyakan lagu lagu dari zaman 60-an dan 70-an.

Apabila disuruh modenkan sikit lagu, dia jawab tak ada lagu lagu moden zaman 90-an Bayangkan bila dicampurkan dengan karaoke lagu 60-dan 70an sahaja sepanjang majlis tersebut?

Waktu ketibaan kami, emcee tidak membuat sebarang pengumuman untuk memeriahkan suasana. Kompang sudah berarak setengah jalan ke pelaminan baru dia buka mulut itu pun untuk batuk ke microfon! Kelakar seram betul!

Banyak lagi hal-hal yang tak memuaskan kerana orang orang yang tak pandai ikat janji. Walau bagaimanapun, tidak semua yang keruh. Nasib baik juga servis Katering, kenderaan, kompang, kek dan berkat berjalan dengan lancar dan baik.

Advertisements

Sebagai pasangan pengantin kita pun ada lakukan banyak kesilapan dalam tidak pertimbangkan servis yang kita inginkan dengan betul. Mungkin kita dapat mengurangkan pembaziran dan juga dapatkan servis yang memuaskan.

– Kak Tom

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *